Juruterbang India dibebaskan esok

Aktivis kumpulan sosial mengadakan perhimpunan aman di Islamabad pada Khamis.
Aktivis kumpulan sosial mengadakan perhimpunan aman di Islamabad pada Khamis.
A
A
A

ISLAMABAD - PAKISTAN. Kerajaan Pakistan pada Khamis memaklumkan ia akan membebaskan juruterbang India sebagai 'langkah perdamaian' susulan ketegangan yang semakin meningkat antara dua negara kuasa nuklear tersebut.

Komander Sayap, Abhinandan Varthaman telah menjadi wajah krisis itu sejak pesawat pejuangnya ditembak jatuh di wilayah bergolak Kashmir, semalam.

"Sebagai isyarat damai, juruterbang itu akan dibebaskan esok. Saya takut salah perhitungan. Kita tidak sepatutnya fikir tentang perang terutamanya dari sudut pandangan senjata berbahaya yang kita miliki," kata Perdana Menteri, Imran Khan.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran kepada rakan sejawatannya, Narendra Modi supaya tidak salah tafsir dengan hasratnya untuk meredakan konflik itu sebagai satu kelemahan.

"New Delhi perlu tahu kami mungkin terpaksa bertindak balas terhadap sebarang tindakan yang dilakukan mereka pada masa depan," tegasnya lagi.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas mendapat kelulusan Parlimen yang menjadi isyarat pertama untuk meredakan krisis yang semakin memuncak antara New Delhi dan Islamabad. - AFP

Artikel Berkaitan: