X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini

Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Dagangan ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini, dipengaruhi oleh sentimen lemah dengan para pelabur tidak memasuk pasaran sambil menantikan perkembangan politik semasa dalam negara hari ini, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.2410/2435 berbanding dolar AS daripada 4.2365/2385 pada penutupan Jumaat minggu lepas.

Pada Ahad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilaporkan berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman khas hari ini.

Sementara dari sudut yang lebih positif, ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata, ringgit mungkin mendapat sokongan daripada kelonggaran sekatan pergerakan terbaharu yang diumumkan pada Ahad yang melibatkan 11 sektor ekonomi bagi negeri-negeri dengan sekurang-kurangnya 50 peratus populasi dewasa mereka telah mendapat vaksin lengkap.

"Selain itu, kapasiti kerja untuk sektor seperti pembuatan, pembinaan dan perlombongan telah dibenarkan untuk ditambah menurut peratusan pekerja yang telah mendapat vaksin lengkap,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama hari ini.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1292/1313 daripada 3.1187/1207, dan menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.8731/8753 daripada 3.8409/8427 pada Jumaat minggu lepas.

Ringgit lemah berbanding euro kepada 5.0023/0052 daripada 4.9775/9798 dan lega berbanding pound Britain kepada 5.8768/8802 daripada 5.8476/8504 sebelumnya.- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!