Adakah UMNO bersatu semula?

Gambar hiasan. Ciapan Nedim menimbulkan tanda tanya adakah UMNO telah bersatu semula sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan.
Gambar hiasan. Ciapan Nedim menimbulkan tanda tanya adakah UMNO telah bersatu semula sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan.
A
A
A

SHAH ALAM – Status ciapan anak kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjadi tanda tanya adakah UMNO bersatu semula sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Menerusi ciapan di Twitter, Nedim berkata, pasukan A dan B telah bersetuju untuk bersama kerana seseorang telah membuat keputusan.

“Okay, Alhamdulillah, pasukan A dan pasukan B telah bersetuju untuk bersama kerana seseorang telah memutuskan untuk pergi... kembali bekerja dengan pasukan yang betul,” ciapnya pada awal pagi tadi.

UMNO sebelum ini terbahagi kepada dua apabila 15 orang ahli Parlimen itu diketuai oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) manakala Naib Presiden UMNO atau Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama 22 ahli Parlimen UMNO, MIC (satu) dan MCA (dua) menyokong Muhyiddin dan kerajaan PN.

Bagaimanapun, timbul desas-desus bahawa Muhyiddin akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Menerusi beberapa laporan media, Muhyiddin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Isnin ini dan pertemuan itu akan berlangsung menjelang tengah hari.

Artikel Berkaitan: