Pochettino akui bakat Messi luar biasa

Dari kiri, Neymar, Messi, Ander Herrera dan Juan Bernat ketika menjalani sesi latihan di Camp des Loges, Saint-Germain-en-Laye pada Jumaat.
Dari kiri, Neymar, Messi, Ander Herrera dan Juan Bernat ketika menjalani sesi latihan di Camp des Loges, Saint-Germain-en-Laye pada Jumaat.
A
A
A

PENGENDALI Paris Saint Germain (PSG), Mauricio Pochettino menyifatkan bintang bola sepak dunia, Lionel Messi sebagai bakat luar biasa yang akan memacu gergasi Perancis tersebut ke tahap lebih tinggi dalam saingan domestik dan Eropah musim ini.

Malah menurut Pochettino, kehadiran pemain berusia 34 tahun itu membantunya dalam memantapkan lagi persiapan pasukan tersebut dalam mengharungi kempen Liga Juara-Juara.

“Saya melihat penyertaan Messi ke PSG sebagai satu kehadiran aura yang luar biasa, apatah lagi apabila peminat bola sepak dunia pun memantau perkembangan ke Le Parc des Princes

“Pemain-pemain PSG juga teruja menerima kehadiran Messi berdasarkan suasana dan komunikasi dalam kalangan mereka semasa di padang latihan.

“Dan saya juga mengagumi beliau sebagai antara pemain terbaik dunia walaupun bukan yang terbaik,” kata Pochettino ketika meninjau sesi latihan pemain-pemainnya.

Pada masa sama Pochettino mengakui beliau berdepan cabaran untuk membawa lebih banyak kejuaraan bagi Les Parisiens dengan kehadiran Messi selepas memiliki barisan pemain bintang seperti Neymar dan Kylian Mbappe.

“Cabaran saya juga adalah bagi memastikan nama-nama besar dalam skuad PSG dapat membentuk gandingan yang hebat di padang dengan disiplin dan komitmen terhadap misi kelab,” kata Pochettino.

Artikel Berkaitan: