X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Saman fitnah Dr Zakir Naik terhadap M Kulasegaran didengar Mac 2022

Zakir Naik (Foto Reuters), Kulasegaran
A
A

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan oleh pendakwah bebas, Dr Zakir Naik terhadap Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran akan bermula pada Mac tahun depan.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Zakir ketika dihubungi pemberita berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon menetapkan 22 hingga 24 Mac 2022 sebagai tarikh perbicaraan ketika pengurusan kes itu melalui e-Review.

Pada 27 November 2019, Zakir memfailkan saman itu terhadap Kulasegaran berhubung kenyataan ahli politik tersebut yang didakwa telah mengundang kecaman awam terhadapnya dan menggambarkan beliau sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Dalam penyataan tuntutannya, selain pampasan dan ganti rugi daripada Kulasegaran, Zakir turut memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi melarang defendan menerbit serta menyebarkan empat artikel yang didakwa berbaur fitnah.

Zakir turut menuntut permohonan maaf dikeluarkan oleh defendan serta disiarkan di akhbar dan portal berita secara dalam talian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis diserahkan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!