X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

KPDNHEP rampas minyak masak, diesel bernilai RM28,000

KPDNHEP merampas sebanyak 2.4 tan metrik minyak masak dan empat tan metrik diesel dianggarkan bernilai RM28,000.
A
A

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas sebanyak 2.4 tan metrik minyak masak dan empat tan metrik diesel dianggarkan bernilai RM28,000.

Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, rampasan itu dibuat susulan tangkapan tiga lelaki di sebuah stor di Taman Limau Manis di sini pada Rabu.

Menurutnya, serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dilakukan tiga pegawai hasil risikan selama sebulan melalui aduan orang ramai.

"Semasa pemeriksaan dijalankan, tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki telah memotong plastik minyak masak bersubsidi satu kilogram dan memindahkannya ke tangki fiber.

"Selain itu, terdapat sejumlah minyak diesel disimpan di premis yang disyaki tidak mempunyai lesen atau permit sah," katanya di sini pada Jumaat.

Pegawai KPDNHEP memeriksa tong minyak yang digunakan kumpulan terbabit dalam serbuan di Bukit Mertajam pada Rabu.
Pegawai KPDNHEP memeriksa tong minyak yang digunakan kumpulan terbabit dalam serbuan di Bukit Mertajam pada Rabu.

Mohd Ridzuan berkata, selain minyak masak dan diesel, pihaknya turut merampas sebuah lori yang digunakan kumpulan terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan mana-mana individu yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, jelasnya, boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertubuhan atau perbadanan pula, katanya, denda yang dikenakan adalah tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!