Festival muzik: Lebih 200 dijangkiti Covid-19

Kehadiran di konsert berkenaan dilihat sangat padat dan hanya segelintir sahaja yang memakai pelitup muka. - Foto AP/Shafkat Anowar
Kehadiran di konsert berkenaan dilihat sangat padat dan hanya segelintir sahaja yang memakai pelitup muka. - Foto AP/Shafkat Anowar
A
A
A
CHICAGO- Lebih 200 kes Covid-19 dikaitkan dengan Festival Muzik Chicago, Lollapalooza.

Bagaimanapun menurut Pegawai Kesihatan Chicago, 203 kes Covid-19 yang dilaporkan hanya bergejala ringan dan tiada kemasukan ke hospital atau kematian.

Pesuruhjaya Kesihatan Awam Dr Allison Arwady dalam satu sidang akhbar berkata, setakat ini belum dapat disahkan jika ianya berasal daripada varian yang cepat menular.

Festival muzik empat hari, yang dimulakan dua minggu lalu, menarik sekitar 385,000 pengunjung.

Pengkritik turut menyoal mengapa acara berkenaan dibenarkan semasa kes sedang meningkat.

Kehadiran di konsert berkenaan dilihat sangat padat dan hanya segelintir sahaja yang memakai pelitup muka.

Tetapi kritikan itu disangkal oleh Datuk Bandar Lori Lightfoot, yang menyatakan bahawa acara itu dibenarkan diadakan dengan protokol keselamatan yang ketat.

Festival yang sama tahun lalu dibatalkan kerana Covid-19.

Pengunjung yang hadir wajib menunjukkan bukti vaksinasi atau ujian Covid-19 negatif sebelum dibenarkan menyertainya.

Artikel Berkaitan:

Sekitar 90 peratus yang hadir sudah menerima vaksin.

Kes berkenaan masih disiasat dan tiada jangkaan ia akan beri kesan besar kepada lonjakan jangkitan dalam negara.

Antara mereka yang positif terdiri daripada 138 penduduk Illinois, 58 dari Chicago dan tujuh lagi dari negeri lain.

Hampir 80 peratus daripada mereka yang diuji positif berusia di bawah 30 tahun. - Awani