Keluarga penerjun remaja tolak tawaran

Quan Hongchan mencipta sensasi dalam acara 10 meter platform individu wanita akhir di Pusat Akuatik Tokyo di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berakhir pada Ahad lalu. -Foto: AFP
Quan Hongchan mencipta sensasi dalam acara 10 meter platform individu wanita akhir di Pusat Akuatik Tokyo di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berakhir pada Ahad lalu. -Foto: AFP
A
A
A

KAMPUNG penerjun remaja sensasi China, Quan Hongchan mula menjadi tumpuan ramai selepas atlet berusia 14 tahun itu mencipta impak dalam acara 10 meter platform individu wanita akhir di Pusat Akuatik Tokyo di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berakhir pada Ahad lalu.

Hongchan yang lahir di perkampungan Maihe, Mazhang terpilih menyertai skuad terjun kebangsaan China kurang dalam tempoh setahun sebelum itu menjadikan persekitaran kehidupan pencetus kepada perubahan karakternya.

Rakyat China sebaik mengetahui kisah kepayahan kehidupan gadis remaja yang murah dengan senyum tersebut terutama perihal ibu Hongchan yang sakit tampil membantu keluarga gadis tersebut dengan mengirimkan hadiah selain pelbagai tawaran.

Malah menurut Southern Metropolis Daily, ayah Hongchan, Quan Wenmao yang bekerja sebagai penanam oren ditawarkan sebuah flat, hartanah komersial dan AS$30,800 (RM130,000), namun dia menolak kesemua tawaran itu.

“Terima kasih kepada mereka kerana datang ke tempat saya tetapi saya tak ambil apa-apa. Saya tak ambil wang. Mereka boleh mengucapkan tahniah dari jauh. Tidak perlu sehingga datang ke sini. Ia mengganggu hidup kami,” katanya beberapa hari selepas anak memenangi pingat emas di Tokyo 2020.

Artikel Berkaitan: