Kota Jakarta kuat kuasakan peraturan genap ganjil bataskan pergerakan

Pemerintah Provinsi Jakarta kembali kuat kuasakan peraturan genap ganjil di beberapa jalan utama di Jakarta bagi bataskan pergerakan orang ramai dalam membendung penularan Covid-19. - Foto 123RF
Pemerintah Provinsi Jakarta kembali kuat kuasakan peraturan genap ganjil di beberapa jalan utama di Jakarta bagi bataskan pergerakan orang ramai dalam membendung penularan Covid-19. - Foto 123RF
A
A
A

JAKARTA - Pemerintah Provinsi Jakarta kembali menguatkuasakan peraturan genap ganjil di beberapa jalan utama di Jakarta bagi membataskan pergerakan orang ramai dalam membendung penularan Covid-19.

Peraturan genap ganjil bermaksud hanya kenderaan yang plat nombor akhirnya sama dengan tarikh harian dibenarkan menggunakan jalan berkenaan, contohnya plat nombor akhir 1 (ganjil) dibenarkan menggunakan jalan raya berkenaan pada tarikh ganjil, misalnya 13 Ogos.

Timbalan Gabernor Jakarta, Ahmad Riza Patria dalam sidang media pada Khamis berkata, penguatkuasaan peraturan itu bermula jam 6 pagi hingga 8 malam, dikuatkuasakan bermula hari ini sehingga 16 Ogos ini.

Ia selaras dengan lanjutan pelaksanaan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) level 4 di Jakarta, dan berkemungkinan dilanjutkan lagi mengikut keadaan semasa.

Jalan-jalan utama di Jakarta yang dikuatkuasakan peraturan itu adalah Jalan Sudirman, Jalan Thamrin, Jalan Medan Merdeka Barat, Jalan Majapahit, Jalan Gajah Mada, Jalan Hayam Wuruk, Jalan Pintu Besar Selatan dan Jalan Gatot Subroto.

Bagaimanapun, terdapat pengecualian peraturan itu untuk kenderaan tertentu seperti ambulans, bomba, motosikal dan kenderaan rasmi pemerintah.

Mengikut data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), setakat semalam, Indonesia mencatatkan lebih 3.74 juta kes positif Covid-19 dengan tambahan 30,625 kes positif baharu.

Sebanyak 1,579 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan jumlah kematian keseluruhan di republik itu kini 112,198 orang. -Bernama

Artikel Berkaitan: