'Siti Sarah minta rahsiakan pemberiannya'

Mohd Hafiz yang menjadi runner diminta oleh Siti Sarah supaya merahsiakan pemberian terhadap golongan memerlukan pada 2016.
Mohd Hafiz yang menjadi runner diminta oleh Siti Sarah supaya merahsiakan pemberian terhadap golongan memerlukan pada 2016.
A
A
A

TEMERLOH - "Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin minta saya rahsiakan pemberiannya dan tidak mahu ia dihebohkan di laman sosial."

Itu permintaan penyanyi terkenal tersebut terhadap seorang penghantar barang orang kelainan upaya (OKU), Mohd Hafiz Abdullah, 32, kira-kira lima tahun lalu lalu.

Cerita Mohd Hafiz, Allahyarhamah memberikan bantuan barangan keperluan kepada 15 penerima terpilih di Temerloh, Mentakab dan Jengka.

"Ikutkan Allahyarhamah nak bagi lebih tapi saya cakap cukup kerana dengan kekangan yang ada, cukuplah untuk beri kepada 15 penerima sahaja.

"Saya sebenarnya amat terkejut ketika dihubungi Allahyarhamah Siti Sarah ketika itu kerana tidak menyangka beliau menghubungi saya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Ujarnya, pada masa itu dia tular kerana menawarkan perkhidmatan sebagai penghantar barang dalam keadaan kekurangan fizikal, kudung tangan kiri akibat kemalangan jalan raya pada usia 20 tahun.

Mohd Hafiz yang kudung tangan kiri sejak berusia 20 tahun gigih mencari rezeki dengan khidmatnya sebagai penghantar barang.
Mohd Hafiz yang kudung tangan kiri sejak berusia 20 tahun gigih mencari rezeki dengan khidmatnya sebagai penghantar barang.

"Sudah lama saya rahsiakan perkara ini kerana menghormati permintaan beliau dan bila berita pemergiannya akibat jangkitan Covid-19 Isnin lalu, ia memang memberikan kesan selain saya berasa amat sedih dengan kehilangannya," luahnya.

Artikel Berkaitan:

Allahyarhamah Siti Sarah kata Mohd Hafiz, juga menawarkan motosikal baharu kepadanya ketika itu namun dia menolak tawaran tersebut.

"Saya fikir tak apalah, lebih baik berikan kepada orang yang lebih susah," akuinya.

Dalam pada itu, Mohd Hafiz mengharapkan suami Allahyarhamah, Shuib agar tabah dengan kehilangan isteri tercinta dan mendoakan yang terbaik buat keluarga selebriti terbabit.

Siti Sarah, 36, dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 4 Ogos lalu akibat Covid-19 dan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.13 pagi pada Isnin lalu.