Tular video gaduh bersenjata, polis cari sekumpulan lelaki terlibat

Video tular itu memaparkan beberapa individu bergaduh dengan menggunakan senjata tajam.
Video tular itu memaparkan beberapa individu bergaduh dengan menggunakan senjata tajam.
A
A
A

KAJANG - Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam video tular memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh menggunakan senjata dalam satu kejadian dipercayai berlaku di kawasan perumahan di Flat Sri Timah, Balakong pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam video tular itu memaparkan beberapa individu bergaduh dengan menggunakan senjata tajam.

Menurut beliau, video berkenaan berjaya dikesan kira-kira jam 9 pagi.

"Punca serta motif kejadian masih dalam siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Norhafiza Borhan di talian 03-8911 4222," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: