Hilang punca pendapatan akibat penutupan sektor ekonomi

Kira-kira 500 bakul makanan sudah diagihkan di Parlimen Segambut sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.
Kira-kira 500 bakul makanan sudah diagihkan di Parlimen Segambut sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar penerima bakul makanan di Parlimen Segambut adalah terdiri daripada keluarga yang kehilangan punca pendapatan akibat penutupan sektor ekonomi.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Mahathir Md Rais berkata, setakat ini kira-kira 500 bakul makanan sudah diagihkan di Parlimen itu sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan.

Menurutnya penutupan beberapa sektor perniagaan antara punca banyak syarikat tertentu khususnya di bidang perkhidmatan terpaksa gulung tikar.

“Keadaan ini menyebabkan tindakan pengurangan pekerja terpaksa dilakukan dan kesannya boleh dilihat apabila sebahagian mereka terpaksa mengharap sumbangan keperluan barangan harian untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mahathir menyampaikan sumbangan Bakul Prihatin kepada penerima di Segambut.
Mahathir menyampaikan sumbangan Bakul Prihatin kepada penerima di Segambut.

Dalam pada itu, sebanyak 200 keluarga kurang berkemampuan di Kampung Segambut Luar,Taman Sri Sinar dan Flat SPPK Segambut serta Kampung Sungai Penchala menerima sumbangan Bakul Prihatin pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Mahathir berkata, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi komitmen untuk terus melaksanakan program bantuan Bakul Prihatin sehingga keadaan wabak di negara pulih dan bertambah baik.

“Perikatan Nasional sentiasa bersedia membantu, jangan malu untuk hubungi ketua atau wakil komuniti setempat untuk mendapatkan bantuan segera,” katanya.