Lelaki jual mercun, bunga api ditahan

Mercun dan bunga api yang dirampas hasil daripada serbuan yang dilakukan di Jalan Parit Ibrahim di Pontian pada Isnin.
Mercun dan bunga api yang dirampas hasil daripada serbuan yang dilakukan di Jalan Parit Ibrahim di Pontian pada Isnin.
A
A
A

PONTIAN - Perbuatan seorang lelaki menjual dan memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api membawa padah apabila ditahan dalam serbuan di Jalan Parit Ibrahim di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib berkata, suspek berusia 36 tahun ditahan dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian kira-kira jam 10 pagi.

"Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam yang mana suspek dipercayai menawarkan jualan mercun secara dalam talian. Dua kotak bunga api, satu kotak mercun dan satu pek mercun bola dirampas daripada suspek.

"Siasatan awal mendapati, suspek mengaku ada menawarkan jualan mercun secara dalam talian menggunakan platform Facebook," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohamad Shofee berkata, suspek kini ditahan reman dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957.

Artikel Berkaitan: