Naib canselor sebuah universiti awam dipanggil SPRM

Individu berkenaan tiba di Kompleks SPRM Terengganu kira-kira jam 8.15 pagi, pada Isnin
Individu berkenaan tiba di Kompleks SPRM Terengganu kira-kira jam 8.15 pagi, pada Isnin
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Naib canselor sebuah universiti awam di Terengganu dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu berhubung siasatan kes salah laku pentadbiran.

Individu berkenaan dilaporkan tiba di Kompleks SPRM Terengganu di sini jam 8.15 pagi pada Isnin.

Keterangan individu itu dipercayai diambil bagi membantu siasatan dakwaan kes salah laku menipu elaun rumah berjumlah RM60,000 selain melantik dan memberi kontrak latihan bernilai RM6 juta yang dibuat secara rundingan terus tanpa tender.

Selain itu, dakwaan salah laku melantik firma guaman membabitkan kos RM180,000 walaupun universiti terbabit mempunyai penasihat undang-undang sendiri termasuk didakwa lebih 15 kali ke luar negara bersama bekas menteri pendidikan di samping melawat anaknya.

Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menyarankan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pengurusan universiti terbabit melantik jawatankuasa bebas bagi menjalankan siasatan terhadap naib canselor universiti berkenaan berhubung dakwaan salah laku pentadbiran itu.

Presidennya, Profesior Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin berpendapat, siasatan itu perlu diwakili dalam kalangan pihak luar yang tidak mempunyai kepentingan dengan universiti terlibat.

Menurut beliau, langkah itu bagi menjamin ketelusan, kebebasan dan keadilan proses siasatan yang akan dijalankan terhadap naib canselor universiti berkenaan yang sebelum ini ditahan daripada menjalankan tugas berkuat kuasa 12 Julai lalu.

Artikel Berkaitan: