Dakwaan mafia korporat terhadap Azam Baki: Kebenaran mesti ditegak berlandas undang-undang

Azam Baki
Azam Baki
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tuntutan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu Mafia Korporat melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki perlu berasaskan bukti kukuh dan bukan hearsay atau dengar cakap.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim berkata, tuntutan itu juga tidak wajar diasaskan kepada sangkaan atau innuendo semata-mata.

Muhammad Kamil
Muhammad Kamil

"Saya menghormati sebarang cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, dan pada prinsipnya bersetuju bahawa kebenaran mesti ditegakkan melalui proses yang telus serta berlandaskan undang-undang.

"Dalam sebuah negara yang menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang, sebarang tindakan mesti berpaksikan fakta dan bukti sahih," menurutnya dalam kenayataan hari ini.

Beliau juga berkata, negara sebelum ini pernah menyaksikan desakan serupa dalam isu pelantikan Ketua Hakim Negara yang akhirnya tidak terbukti sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak, justeru masyarakat tidak harus terjebak dalam budaya pre-emptive politics yang berpanjangan sehingga mendahului proses sewajarnya.

Kamil berkata, proses sedia ada perlu dibenarkan berjalan sama ada melalui siasatan, inkuiri atau jawatankuasa khas kerana mekanisme itu mempunyai keupayaan dan mandat untuk mengumpul keterangan secara menyeluruh serta membuat penilaian berdasarkan fakta.

Beliau berkata, malah keputusan untuk mengadakan inkuiri telah dibuat sehari selepas laporan Bloomberg diterbitkan, menunjukkan kesediaan kerajaan menyiasat perkara itu secara terbuka dan bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

"Matlamat utama kita ialah memastikan keadilan ditegakkan berasaskan fakta, bukan persepsi atau tekanan politik.

"Sekiranya bukti yang dikemukakan kelak menunjukkan keperluan kepada RCI, maka pertimbangan sewajarnya akan dibuat secara telus, bertanggungjawab dan berintegriti," katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu Mafia Korporat oleh Azam Baki yang dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar. - Bernama

Ringkasan AI

  • Tuntutan untuk menubuhkan RCI atas isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu berasaskan bukti bukan hearsay
  • Tuntutan tidak wajar diasaskan kepada sangkaan atau innuendo
  • Kebenaran mesti ditegakkan melalui proses yang telus dan berlandaskan undang-undang
  • Proses sedia ada seperti siasatan dan inkuiri perlu dibenarkan berjalan
  • Kesediaan kerajaan menyiasat perkara itu secara terbuka dan bertanggungjawab telah ditunjukkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!