Khabib tolak RM422 juta untuk kembali bertarung

Khabib bersama Tyson
Khabib bersama Tyson
A
A
A

"SAYA tidak akan bertarung untuk duit!"

Demikian tegas, legenda legenda Kejohanan Pertarungan Unggul (UFC), Khabib Nurmagomedov berhubung tawaran lumayan berjumlah RM422 juta kepadanya untuk bertarung dengan Flyod Mayweather di Timur Tengah.

Khabib berkata, dia menolak tawaran lumayan itu kerana bersara daripada sukan berkenaan setelah kematian bapa yang juga jurulatihnya, Abdulmanap, Julai lalu.

Menurut atlet berusia 32 tahun itu, sejak kematian bapanya itu, dia telah menolak sebarang usaha bagi memujuknya kembali bertarung di gelanggang.

"Saya tidak akan bertarung untuk duit. Saya tak mahu komuniti tinju kecewa dengan saya. Ya, sudah tentu wang juga penting. Tetapi saya bukan bertarung kerana wang. Wang memang baik tetapi pada kebanyakan masa ia adalah buruk.

"Wang membawa anda ke situasi tak pernah dijangkakan dan kemudiannya anda akan hilang kawalan apabila memiliki banyak wang.

"Justeru ia agak bahaya. Dalam hal ini, saya tidak akan kembali untuk membuat duit tetapi demi legasi," katanya kepada bekas juara tinju dunia, Mike Tyson menerusi podcast.

Untuk rekod, Khabib yang juga bekas juara lightweight UFC, bersara dengan rekod tidak pernah tewas dalam mana-mana pertarungan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Khabib berkata, sebelum ini, dia juga pernah ditawarkan dengan habuan lumayan untuk bertarung dengan atlet profesional MMA, Georges St-Pierre, 40.

Malah katanya, pertarungan menentang St-Pierre itu juga adalah pertarungan impian bagi bapanya.

Bagaimanapun, tawaran berkenaan tetap gagal mempengaruhi pendirian Khabib untuk tidak lagi bertarung," katanya.