KBS tingkat tahap keselamatan atlet susulan serangan

Adam Adli (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang tokoh belia Kelantan sempena Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu.
Adam Adli (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang tokoh belia Kelantan sempena Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu.
A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan meningkatkan tahap keselamatan atlet terutama nama-nama besar dalam negara susulan serangan yang mencederakan dua pemain bola sepak kebangsaan sebelum ini.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata, kementerian itu turut memaklumkan semua fasiliti sukan yang dikendalikan KBS turut dipantau agar berada dalam keadaan selamat.

Menurut beliau, pihaknya mengutamakan keselamatan atlet bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

"Makluman ini memberi satu 'alert' bagi memastikan fasiliti dan atlet lebih selamat," katanya selepas merasmikan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri Kelantan, Zamakhshari Muhamad.

Media sebelum ini melaporkan dua pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera dipukul manakala Faisal Halim disimbah asid.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Adam Adli berkata, Kelantan mempunyai potensi belia berkualiti dalam pelbagai bidang dan

KBS berusaha memastikan belia di negeri ini diberi perhatian dalam pelbagai aspek termasuk karakter serta jati diri.

Artikel Berkaitan:

"Kementerian akan memperhebatkan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan perancangan berkaitan belia menjadi satu agenda yang memberi manfaat lebih besar," katanya.

Beliau juga mahu melihat pertubuhan belia di negeri ini menjadi contoh di peringkat nasional sebagai organisasi yang lebih maju.

Kira-kira 4,000 belia hadir memeriahkan program berkenaan dengan pelbagai aktiviti disediakan termasuk sukan, persembahan pentas dan silat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!