Faisal Halim dijangka pulih lebih cepat

Faisal Halim. Foto Bernama
Faisal Halim. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Masih terlalu awal untuk menakrifkan pemain bola kebangsaan, Faisal Halim yang sebelum ini dilaporkan kritikal akibat disimbah asid sebagai pulih berikutan masih dalam pemantauan dan perhatian rapi pihak perubatan.

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Adam Adli Ab Halim bagaimanapun berkata, pihaknya menjangkakan kesembuhan pemain bola sepak itu akan berlaku lebih cepat.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan pemain bola sepak Selangor itu juga menunjukkan perkembangan positif dari masa ke masa.

"Kita berhubung dengan pengurus dan keluarga Faisal dan dimaklumkan keadaannya juga semakin baik," katanya selepas merasmikan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Kelantan di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri Kelantan, Zamakhshari Muhamad.

Adam Adli (tiga dari kiri) merasmikan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Kelantan di sini pada Sabtu.
Adam Adli (tiga dari kiri) merasmikan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Kelantan di sini pada Sabtu.

Adam Adli memberitahu, kementerian sebelum ini menawarkan rawatan rehabilitasi dan fisioterapi dikendalikan Institut Sukan Negara (ISN) kepada Faisal.

Katanya lagi, kementeriannya turut bekerjasama dengan agensi berkaitan yang berkeupayaan membantu dalam pemulihan pemain berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Hasil sumbangan banyak pihak membolehkan rawatan terbaik untuk Faisal selain kerjasama strategik dengan agensi berkaitan bagi membantu beliau," katanya.

Faisal kini sedang menjalani rawatan susulan disimbah asid sulfurik dan sudah dipindahkan ke wad biasa namun dijangka menjalani pembedahan keempat minggu depan.

Pemain itu akan menjalani pembedahan membabitkan prosedur 'split skin graft' (SSG) selepas mengalami lecur tahap empat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!