KDN FC tumbang di laman sendiri

Pemain Kelantan Darul Naim FC Mohamad Fazrul Amir diasak oleh pertahanan Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam ini. Foto Bernama
Pemain Kelantan Darul Naim FC Mohamad Fazrul Amir diasak oleh pertahanan Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam ini. Foto Bernama
A
A
A

KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila rebah 2-3 kepada Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.

Turun dengan misi meraih tiga mata, kedua-dua pasukan mulakan aksi secara berhati-hati untuk melihat kekuatan masing-masing.

Bagaimanapun, Sabah mencipta peluang untuk menjaringkan gol pada minit keenam namun rembatan deras berjaya ditangkap oleh penjaga gawang KDN FC, Khatul Anuar Md Jalil.

Tersentak dengan asakan pelawat, KDN FC kembali bangkit dengan beberapa serangan balas pantas namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah.

Bagaimanapun, Sabah FC berjaya mencipta jaringan apabila rembatan Gabriel Peres gagal diselamatkan oleh Khatul Anuar pada minit ke-25.

KDN FC terlepas peluang keemasan merapatkan jurang apabila Muzungu Lukombe gagal menyempurnakan penalti pada mini ke-32 apabila sepakan itu mudah dibaca Khairul Fahmi Che Mat.

Bersambung babak kedua, Skuad Kijang Emas cuba bangkit dengan melakukan beberapa serangan ke kubu pelawat namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah.

Stadium Sultan Muhammad IV kembali bergemuruh dengan sorakan padu penyokong KDN FC apabila Kim Lik Wan menjaringkan gol pada minit ke-55.

Artikel Berkaitan:

Kealpaan benteng pertahanan tuan rumah dihukum pada minit ke-65 apabila rembatan deras Stuart Wilkin terus menerjah gawang KDN FC untuk gol kedua Sabah.

The Rhinos terus berpesta selepas itu apabila Roman Macedo meledak gol ketiga pasuknnya pada minit ke-68.

Perlawanan menjadi lebih menarik apabila Bae Kyeong Hwa menjaringkan gol kedua KDN FC pada minit ke-90 untuk menjadikan kedudukan 2-3.

Usaha itu bagaimanapun sudah terlambat apabila pengadil perlawanan meniupkan wisel panjang sekali gus menyasikan kemenangan berpihak kepada Sabah

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!