Barisan pemain terbaik galas cabaran Piala Asia 2024

Skuad hoki dalam dewan negara ke Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Skuad hoki dalam dewan negara ke Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
A
A
A

SEMBILAN pemain lelaki skuad juara hoki dalam dewan edisi 2022 menjadi sandaran apabila pasukan negara turun mempertahankan kejuaraan pada saingan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan dari 21 hingga 25 Mei ini.

Malah pengurus skuad negara, Shurizan Mansor mahu 12 pemain yang mengalas cabaran negara kali ini tampil dengan aksi lebih bertenaga walaupun format kejuaraan musim ini berbeza daripada edisi Bangkok 2022.

“Persaingan kali ini lebih mencabar kerana format yang digunakan agak berlainan dengan juara dan naib juara kedua-dua kumpulan akan bermain satu lagi pusingan bagi menentukan pasukan yang akan layak ke final di mana dua pasukan ke final itu akan ke Piala Dunia 2025 secara automatik.

“Pasukan kali ini memiliki barisan pemain terbaik dan saya berharap komitmen yang tinggi akan diberikan pemain selain berjuang bermati-matian demi Malaysia.

“Walaupun kumpulan kami dihuni tuan rumah, Kazakhstan dan pencabar terdekat, Indonesia, sasaran pertama pasukan adalah kami perlu melepasi pusingan pertama dengan muncul selaku dua pasukan terbaik. Kemudian, kami akan melihat sasaran yang kedua apabila memasuki pusingan seterusnya.

“Sekiranya Malaysia berjaya melangkah ke final ia akan menjadi sejarah untuk sukan ini khususnya di mana ia merupakan kali pertama Malaysia ke Piala Dunia dan pastinya akan membuka ruang untuk lebih banyak perhatian serta bantuan diberikan kepada pasukan,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Tiga muka baharu turut ditampilkan bagi melengkapkan senarai pemain ke temasya tersebut iaitu dua tonggak pertahanan Muhammad Aminuddin Mohd Zain dan Shazril Irwan Nazli serta penyerang Abdul Khaliq Hamirin.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Kazakhstan, Oman dan Indonesia manakala Kumpulan A pula melibatkan Iran, Thailand, Singapura, dan Tajikistan.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, Malaysia mencipta sejarah pada edisi Bangkok 2022 di Thailand apabila merangkul kejuaraan sulung setelah menjinakkan juara lapan kali Iran, 3-2, menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam masa sebenar perlawanan.

Skuad Hoki Dalam Dewan Malaysia ke Piala Asia Taldykorgan 2024 di Kazakhstan (21 hingga 25 Mei).

1. Mohd Khairul Afendy Kamaruzaman (Penjaga gol)

2. Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri (Penjaga gol)

3. Muhammad Najmi Farizal Jazlan (Pertahanan)

4. Muhammad Aminuddin Mohd Zain (Pertahanan)

5. Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah (Pertahanan)

6. Shazril Irwan Nazli (Pertahanan)

7. Muhammad Firdaus Omar (Tengah)

8. Muhammad Izham Azhar (Tengah)

9. Norsyafiq Sumantri (Penyerang)

10. Muhammad Ashran Hamsani (Penyerang)

11. Faridzul Afiq Mohd (Penyerang)

12. Abdul Khaliq Hamirin (Penyerang)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!