X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Iheanacho buat penyokong Leicester City tersenyum

Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel menjulang trofi kejuaraan Perisai Komuniti selepas menewaskan Manchester City di Stadium Wembley awal pagi tadi. FOTO: AFP
A
A

JARINGAN tunggal Kelechi Iheanacho pada minit ke-89, sudah cukup membolehkan juara Piala FA, Leicester City menewaskan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City 1-0 dalam perlawanan Perisai Komuniti di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Permulaan positif anak buah Brendan Rodgers tersebut ternyata merencatkan penampilan pertama Jack Grealish yang merupakan permain termahal dalam rekod perpindahan dalam EPL dengan nilai perpindahan 100 juta pound (RM587.5 juta).

Bekas kapten Aston Villa itu yang dimasukkan pengendali Manchester City, Pep Guardiola bagi menggantikan Samuel Edozie pada minit ke-64 bagi memperkemaskan lagi jentera serangan The Citizens selepas kedua-dua kelab buntu menjaringkan gol.

Namun Iheanacho menyertai The Foxes pada 2017 yang dimasukkan pada minit ke-79 berjaya mencuri tumpuan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89 selepas dikasari oleh Nathan Ake.

Bekas pemain Manchester City berusia 24 tahun itu tidak berdepan masalah menyempurnakan tugasan sekaligus menggamit semula memori 84 hari lalu dalam kalangan penyokong The Foxes ketika menjulang trofi Piala FA selepas menewaskan Chelsea 1-0 dalam perlawanan akhir di venue sama.

"Saya tidak tahu berkata apa. Saya rasa ia adalah emosi yang bercampur-campur di sini tetapi saya sangat bersyukur mendapat piala hari ini untuk pasukan saya. Saya gembira untuk pasukan sama ada saya beraksi atau sebaliknya. Tetapi saya tahu jika saya masuk mesti memberi kesan dan membantu pasukan saya - dan itulah yang saya buat hari ini," ujar Iheanacho.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!