EPL tetap keutamaan Manchester City

Guardiola. - Foto AGENSI
Guardiola. - Foto AGENSI
A
A
A

PEP Guardiola menegaskan dia kekal fokus sepenuhnya pada Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun Manchester City menghampiri aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara berdepan penyandang juara, Real Madrid awal pagi Rabu.

Penyandang juara EPL itu masih meneruskan pemburuan kejuaraan treble ketika saingan musim ini menghampiri penghujung musim.

The Citizens masih mengekalkan status pendahulu selepas melakarkan kemenangan 2-1 ke atas Leeds United sebelum perhatian beralih kepada angkatan Los Blancos pimpinan Carlo Ancelotti di Santiago Bernabeu.

Sebagai rekod, Guardiola membuat tujuh pertukaran semasa perlawanan berintensiti tinggi di Stadium Etihad, namun menegaskan dia tidak berfikir lebih awal untuk pertembungan di laman keramat Real.

“Saya tidak menggilirkan pasukan disebabkan memikirkan tentang Real Madrid. Saya melakukan pertukaran pemain kerana merasakan beberapa pemain bertanya kepada saya ‘Saya sangat penat’.

“Ya, ramai orang memberitahu saya bahawa terdapat pemain City yang mula keletihan, jadi itulah sebabnya saya melakukannya pertukaran pemain.

“Sejujurnya saya memandang serius Liga Perdana Inggeris. Ya, sangat serius kerana Oktober, November dan Disember secara realitinya pasukan anda boleh kehilangan mata.

“Kami tahu pasukan pada tahap ini perlu beraksi dengan baik dan kami akan mengharungi perlawanan separuh akhir pertama sebaik mungkin berdepan Real dengan baik,” katanya.

Perlawanan di Etihad itu menyaksikan mesin gol City, Erling Haaland bermain penuh selama 90 minit untuk perlawanan keempat berturut-turut namun Guardiola tidak bimbang tentang kecergasan penjaring terbanyaknya.

“Dia berasa begitu kuat... Orang kata dia susu atau apa. Saya pun minum ramuan ajaib ini tetapi tidak menjaringkan 50 gol sepanjang karier.

“Saya akan mengesyorkan budak-budak kecil yang ingin mencontohi Erling untuk cuba mencontohi kemahirannya dan bukannya minuman,” katanya.

LIGA JUARA-JUARA

JADUAL PERLAWANAN

SEPARUH AKHIR PERTAMA

RABU (10 MEI)

Real Madrid lwn Manchester City, 3 pagi

KHAMIS (11 MEI)

AC Milan lwn Inter Milan, 3 pagi