Beli kit ujian kendiri Covid-19 hanya diluluskan MDA

Orang ramai yang berhasrat membeli kit ujian kendiri Covid-19 disaran supaya membuat rujukan di laman sesawang rasmi MDA. Gambar hiasan
Orang ramai yang berhasrat membeli kit ujian kendiri Covid-19 disaran supaya membuat rujukan di laman sesawang rasmi MDA. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai yang berhasrat membeli kit ujian kendiri Covid-19 disaran supaya membuat rujukan di laman sesawang rasmi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) di pautan https://portal.mda.gov.my/ terlebih dahulu bagi mendapatkan senarai syarikat dan produk yang telah diluluskan oleh MDA bagi pengedaran dan penjualan kit berkenaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang membuat saranan itu berkata baru-baru ini pihaknya telah menyiasat aduan seorang pengguna yang membeli kit ujian kendiri Covid-19 pada harga RM60 seunit di sebuah farmasi di Terengganu, dan siasatan mendapati bekalan kit itu diambil dari sebuah farmasi di Pahang.

Dalam satu kenyataan di sini KPDNHEP berkata farmasi di Pahang yang membekalkan kit berkenaan didapati bukanlah salah satu dari enam syarikat yang mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk mengedar dan menjual kit itu kepada orang awam.

Menurutnya pemeriksaan di farmasi di Terengganu pula mendapati peniaga berkenaan mematuhi peraturan tanda harga ke atas barangan itu bagi membolehkan pengguna membuat keputusan pembelian berdasarkan harga yang dipaparkan, kerana hingga kini kit ujian kendiri Covid-19 belum disenaraikan dalam barangan kawalan.

“KPDNHEP akan mengemukakan dapatan siasatan ini kepada pihak yang bertanggungjawab iaitu MDA untuk tindakan selanjutnya memandangkan perkara ini bukan di bawah bidang kuasa KPDNHEP,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: