PPN Fasa 3, tugas sukar buat Kelantan

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

TUMPAT - Kerajaan Kelantan mendedahkan pihaknya berdepan kesukaran untuk beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 susulan peningkatan kes harian Covid-19 ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, hasrat itu mampu dicapai sekiranya rakyat terus memberikan sokongan dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam memutuskan rantaian jangkitan itu.

"Walaupun ada dalam kalangan kita yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, namun SOP tetap perlu dipatuhi.

"Ikhtibar harus diambil berdasarkan berita yang dilaporkan di dalam dan luar negara apabila ada negara yang sudah lengkap imunisasi kelompok tetapi masih ada penduduk yang positif Covid-19," katanya kepada pemberita semasa melakukan tinjauan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kebakat di sini pada Sabtu.

Ahmad (kiri, di hadapan) mengadakan lawatan dan penyerahan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di PKPD Kebakat, Tumpat pada Sabtu.
Ahmad (kiri, di hadapan) mengadakan lawatan dan penyerahan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di PKPD Kebakat, Tumpat pada Sabtu.

Dalam kunjungan itu Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di PKPD tersebut.

Menurutnya, situasi itu berlaku disebabkan oleh terdapat banyak varian baharu yang muncul dan lebih merbahaya.

Beliau berkata, untuk capai ke tahap itu tiga perkara perlu dipertimbangkan iaitu pertama, jumlah kes harian diikuti vaksinasi dan ketiga, keadaan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.

Artikel Berkaitan:

Ahmad berkata, setakat ini di Kelantan sahaja terdapat 28 PKPD.

"Jadi buat masa sekarang agak sukar untuk beralih ke fasa seterusnya, sebab itulah kita nasihatkan walaupun dah dapat dua atau satu dos suntikan vaksin, SOP mesti dijaga sebagaimana yang diarahkan," katanya.