Zionis bedil Semenanjung Gaza

Serangan terbaru Israel menyasarkan beberapa kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN . Jet pejuang dan helikopter Israel menyerang pelbagai sasaran di selatan Semenanjung Gaza dalam serangan terbaharu di wilayah yang diduduki, semalam.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan.

Menurut laporan media Palestin, beberapa pos milik Hamas di selatan kawasan pesisir termasuk satu di pinggir laut Khan Yunis dan satu lagi di luar bandar itu rosak dalam serangan terbabit.

Tentera Israel mendakwa serangan udara itu dilakukan sebagai tindak balas susulan beberapa peranti letupan diterbangkan dari Genting Gaza memasuki wilayah Israel.

Peranti berkenaan meletup di luar rumah di Eshkol, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan. - Press TV