Kes Covid-19 Sarawak kembali bawah paras 700

Petugas kesihatan ambulans sibuk menguruskan pesakit Covid-19 di kala Malaysia merekodkan sebanyak 20,889 kes baharu jangkitan Covid-19 pada Jumaat, iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara pada tahun lepas.
 - Foto Bernama

A
A
A

KUCHING - Kes baharu Covid-19 di Sarawak kembali menurun di bawah paras 700 pada Jumaat, dengan 652 kes berbanding 759 kes pada Khamis.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri itu kini 80,174.

Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 231 kes, Simunjan (84), Serian (65) dan Mukah (55).

“Pada hari ini (Jumaat) juga terdapat 680 kes yang telah pulih dan 6,858 kes masih aktif,” menurut JPBN dalam kenyataan pada Jumaat.

Tiada kematian serta kluster baharu direkodkan pada Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan: