X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Ahmad Zahid ditangguh sehingga 24 Ogos

Ahmad Zahid Hamidi
A
A

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi, yang dijadualkan pada Khamis di Mahkamah Tinggi di sini ditangguh sehingga 24 Ogos selepas pejabat seorang daripada peguamnya terdedah dengan jangkitan Covid-19.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu ketika dihubungi Bernama memaklumkan penangguhan itu berikutan beberapa staf di pejabatnya disahkan positif Covid-19.

“Saya membuat permohonan itu kepada mahkamah pada 2 Ogos lepas kerana kesukaran untuk mengakses dokumen-dokumen perbicaraan yang kini berada di pejabat. Mahkamah telah benarkan penangguhan itu.

“Pejabat terpaksa ditutup sementara waktu berikutan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan staf di firma saya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan mengesahkan penangguhan itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah sebelum ini menetapkan enam hari mulai Khamis untuk mendengar hujah kedua-dua pihak setelah pendakwaan menutup kesnya pada 19 Mac selepas memanggil 99 saksi.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!