Peniaga ayam positif HIV didakwa rogol remaja bawah umur

Tertuduh (tengah) dikawal ketat dua anggota polis ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Pasir Mas, pada Selasa.
Tertuduh (tengah) dikawal ketat dua anggota polis ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Pasir Mas, pada Selasa.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang peniaga ayam yang disahkan positif Human Immunodeficiency Virus (HIV) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol gadis bawah umur dipercayai kekasihnya sehingga mengandung pada Mac lalu.

Pertuduhan terhadap tertuduh yang berusia 24 tahun dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan yang berusia 15 tahun tujuh bulan itu dengan mengetahui bahawa ketika itu dia menghidap HIV di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kembara di kawasan Kampung Laut 1 di Tumpat pada Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(i) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Khuzaimi Mohd Salleh.

Pada prosiding itu, Hajarul Falenna tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana bimbang tertuduh mengganggu mangsa yang mengandung lima bulan dan kini tinggal bersama keluarganya.

Mohd Khuzaimi dalam rayuannya memohon agar jaminan diberikan kerana tertuduh merupakan seorang pesakit HIV selain khuatir akan terdedah dengan jangkitan Covid-19 sekiranya dimasukkan ke penjara sepanjang tempoh perbicaraan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan keluarganya.

Artikel Berkaitan:

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 November depan untuk sebutan semula kes

Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.