Lelaki meninggal dunia selepas rebah tepi jalan

SUNGAI PETANI - Polis meminta orang ramai mengesan mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri yang dikesan meninggal dunia di tepi jalan dekat sebuah pasar raya di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, tiada dokumen berkaitan ditemui dan mangsa dipercayai berusia anggaran 40-an berdasarkan pemerhatian luaran dan bentuk fizikal.
"Panggilan kecemasan diterima sekitar 4.30 petang. Kita meminta orang ramai atau waris tampil membuat pengecaman bagi membantu urusan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata, identiti dan bangsa mayat terbabit, masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sebelum ini, tular satu video berdurasi 11 saat memaparkan anggota polis sedang mengawal lalu lintas berdekatan lokasi seorang lelaki dikatakan rebah dekat sebuah pasar raya di sini.
Ringkasan AI
- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan mayat lelaki tanpa pengenalan diri di Sungai Petani
- Mayat tersebut ditemukan di tepi jalan dekat sebuah pasar raya
- Mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an
- Identiti dan bangsa mayat masih belum dikenal pasti
- Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

