X

Kindly register in order to view this article
!

Djokovic kempunan pingat Tokyo 2020

Novak Djokovic. - Foto AFP
A
A

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic mengakhiri cabaran di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tanpa sebarang pingat apabila terpaksa menarik diri dari acara beregu campuran selepas mengalami kecederaan bahu.

Djokovic yang mewakili Serbia sebelum itu kehilangan peluang merangkul pingat gangsa selepas tewas kepada pemain dari Sepanyol, Pablo Carreno Busta 6-4 6-7 (6) 6-3 bagi acara individu lelaki dalam aksi di Ariake Tennis Park, Tokyo.

Pemain yang tampil ke Tokyo 2020 dengan reputasi kejuaraan Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon untuk mencipta kejuaraan Grand Slam Emas sebelum itu tewas kepada pemain ranking kelima dari Jerman, Alexander Zverev di separuh akhir.

Zverev akan membuat perhitungan dengan pemain Rusia, Karen Khachanov bagi penentuan emas perak pada Ahad.

Penarikan diri Djokovic, bersama pasangan Nina Stojanovic, menyaksikan gangsa secara automatik menjadi milik pasangan Australia, Ash Barty dan John Peers, untuk pingat pertama negara itu dalam acara tenis sejak 2004.

"Saya memang menyesal kerana tidak memenangi pingat untuk negara saya dan peluang terlepas dalam beregu campuran dan perseorangan dan, ya, saya tidak berjaya semalam dan hari ini," kata Djokovic.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!