Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut kepala air

Usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan di lokasi. Gambar kecil: Azman Alias
- Foto ihsan Bomba
Usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan di lokasi. Gambar kecil: Azman Alias - Foto ihsan Bomba
A
A
A

KEMAMAN- Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama lima rakannya di Sungai Cerul di Kampung Lubuk Batu, Chukai, di sini petang Sabtu.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, operasi mencari mangsa, Mohamad Shafiq Ab Llah, 20, selepas pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 6.37 petang.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama lima rakannya berusia 20-an mandi di kawasan sungai berkenaan sebelum arus deras secara tiba-tiba dari bahagian hulu sungai akibat hujan lebat.

"Mangsa bersama rakan-rakannya cuba menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai namun hanya lima daripada mereka yang sempat naik ke tebing manakala Mohamad Shafiq telah dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya, operasi mencari mangsa dijalankan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh dengan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Chukai, di sini.

"Bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa pada hari ini (Sabtu) kita melakukan pencarian di sepanjang tebing sungai dan di permukaan air menggunakan bot pada jarak kira-kira sejauh satu kilometer dari tempat terakhir mangsa dilihat," katanya.

Artikel Berkaitan: