Ebit Lew sumbang bas coaster kepada HTAR

Lima dari kiri: Chandran, Ebit dan Dr Md Razis ketika serahan bas coaster di HTAR Klang pada Sabtu.
Lima dari kiri: Chandran, Ebit dan Dr Md Razis ketika serahan bas coaster di HTAR Klang pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang menerima sebuah bas coaster yang disumbangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kasih Umat yang dimiliki oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew pada Sabtu.

HTAR menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu memaklumkan penyerahan bas tersebut disampaikan oleh Ebit kepada Timbalan Pengarah Perubatan (III), Dr Md Razis Ramli dan Timbalan Pengarah Pengurusan mewakili Pengarah HTAR, Chandran V.Periasamy.

"Pihak HTAR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ini.

Ebit (kiri) menyerahkan sijil mewakil NGO Pertubuhan Kasih Umat kepada Dr Md Razis di HTAR Klang pada Sabtu. - Foto: Facebook HTAR.
Ebit (kiri) menyerahkan sijil mewakil NGO Pertubuhan Kasih Umat kepada Dr Md Razis di HTAR Klang pada Sabtu. - Foto: Facebook HTAR.

"Segala sokongan dan keprihatinan pihak NGO kepada HTAR amatlah dihargai," kata hantaran tersebut pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Ebit turut membuka sebuah rumah transit bagi kemudahan pesakit kanser di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Katanya, pusat transit yang dinamakan Rumah Kasih Umat itu disediakan secara percuma untuk pesakit kanser yang perlu berulang-alik mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan di pusat kesihatan sekitarnya.

Artikel Berkaitan: