7-Eleven Malaysia lancar koleksi 'Mickey Go Local Mini Tins'

A
A

7-ELEVEN Malaysia Holdings Bhd melancarkan koleksi “Mickey Go Local Mini Tins” yang menawarkan 26 reka bentuk kreatif bercirikan warisan tempatan, kebudayaan, bahasa dan juadah.

Tin tersebut boleh didapati di kedai serbaneka itu bermula hari ini sehingga 22 April, 2019.

Dalam kenyataan hari ini, 7-Eleven Malaysia berkata koleksi itu menampilkan ikonik Mickey Mouse dan rakan-rakannya bertemakan budaya tempatan, antaranya waktu minum teh di "kopitiam", slanga percakapan seperti "chun" dan "fuyoh" serta permainan tradisional kanak-kanak

“Kami teruja untuk melancarkan kempen ini di seluruh cawangan 7-Eleven Malaysia.

“Biskut butang atau Iced Gem yang terkenal di Malaysia pastinya akan menarik perhatian pelanggan sekali gus menggamit memori zaman kanak-kanak,” kata Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia Ronan Lee.

Pelanggan akan diberikan pelekat program bagi setiap pembelian RM5 dan ke atas dalam satu resit sepanjang tempoh kempen tersebut di mana-mana cawangan 7-Eleven Malaysia.

“Pelekat bonus akan diberikan jika pembelian itu turut melibatkan produk rakan niaga terpilih,” katanya, memberitahu pelanggan boleh menebus “Mickey Go Local Mini Tin” secara percuma dengan mengumpul 16 pelekat.

Sebagai alternatif, pelanggan yang mempunyai enam pelekat sahaja boleh membeli tin mini itu dengan harga RM9.90. - Bernama