Tourism Malaysia lancar pakej Durian Tourism 2023

Shahrin (tengah) melancarkan kempen pakej Durian Tourism 2023 bagi memeriahkan dan mempromosikan musim durian di seluruh negara di Happy Fruit Tangkak, Tangkak pada Selasa.
Shahrin (tengah) melancarkan kempen pakej Durian Tourism 2023 bagi memeriahkan dan mempromosikan musim durian di seluruh negara di Happy Fruit Tangkak, Tangkak pada Selasa.
A
A
A

TANGKAK - Tourism Malaysia pada Selasa melancarkan kempen pakej Durian Tourism 2023 selama sebulan bagi memeriahkan dan mempromosikan musim durian di seluruh negara.

Kempen sehingga 31 Ogos ini mendapat kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta 13 pengendali pelancongan tempatan.

Durian Tourism 2023 menawarkan 18 pakej menarik sebagai pilihan kepada pelancong bermula RM50 seorang untuk buffet durian dan pakej tiga hari dua malam daripada RM1,740 seorang dengan tempahan minimum 15 orang.

Antara aktivitinya seperti mengutip, makan durian dan buah-buahan lain selain menyediakan pelbagai minuman berasaskan halia, membuat tempoyak serta merasa pengalaman tinggal di kampung.

Pakej-pakej yang ditawarkan adalah di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Pahang dan Johor.

Bagi edisi kali ini, Tourism Malaysia mengambil inisiatif untuk memasarkan pakej Durian Tourism 2023 di luar negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Brunei.

Shahrin (tengah) melancarkan kempen pakej Durian Tourism 2023 bagi memeriahkan dan mempromosikan musim durian di seluruh negara di Happy Fruit Tangkak, Tangkak pada Selasa.
Shahrin (tengah) melancarkan kempen pakej Durian Tourism 2023 bagi memeriahkan dan mempromosikan musim durian di seluruh negara di Happy Fruit Tangkak, Tangkak pada Selasa.

Majlis pelancaran kempen itu berlangsung di Happy Fruit Tangkak, di sini dengan dirasmikan Pengarah Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia, Shahrin Mokhtar yang mewakili Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Shahrin berkata, melalui kempen pakej Durian Tourism 2023 itu akan dapat memperkenalkan lebih banyak destinasi '2nd-tier' yang mampu memberi impak kepada kegiatan ekonomi setempat.

"Keunikan pakej ini berupaya meningkatkan daya saing yang kompetitif di samping memberi kesedaran terhadap perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar selaras teras lima dalam Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 iaitu memperkukuhkan komitmen terhadap pelancongan lestari.

"Menerusi permintaan tinggi terhadap produk pelancongan sebegini, pembangunan infrastruktur diharapkan akan bertambah baik, wujud jaringan perniagaan yang kukuh bukan sahaja dalam kalangan penggiat industri secara khusus malah meliputi pelbagai sektor lain," katanya.

Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR yang disediakan ataupun menerusi laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.