PKPD Pangsapuri Meranti A tamat, 90 kes dicatat

PKPD Pangsapuri Meranti A tamat semalam. - Foto Jabatan Penerangan Hulu Langat.
PKPD Pangsapuri Meranti A tamat semalam. - Foto Jabatan Penerangan Hulu Langat.
A
A
A

AMPANG - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pangsapuri Meranti A, Jalan Pandan Indah yang bermula 18 Julai lalu ditamatkan pada Jumaat (semalam).

Pegawai Daerah Hulu Langat, Najmuddin Jemain berkata, sebanyak 90 kes jumlah kumulatif dicatatkan dengan kadar kebolehjangkitan Covid-19 di kawasan itu adalah sebanyak 6.6 peratus daripada 1,355 saringan yang dilakukan.

Menurutnya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hulu Langat secara kolektif bersetuju kes di kawasan tersebut adalah terkawal dan akan terkawal sepenuhnya jika semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam norma baru.

"Selain itu, Program Outreach Vaksinasi (POV) Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

telah berjaya memberi suntikan vaksin kepada seramai 559 orang penghuni pada 29 Julai 2021.

"POV PKPD berjaya meningkatkan jumlah keseluruhan seramai 899 orang penghuni bersamaan 87.4 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, bagi memastikan kes Covid-19 terkawal selepas PKPD, semua penghuni yang dikuarantin semasa PKPD akan diberikan tarikh janji temu vaksinasi di PPV berhampiran.

Pada masa sama, aktiviti survelan kes Covid-19 di Pangsapuri Merpati A akan berterusan bagi memantau penularan jangkitan Covid-19 dari semasa ke semasa

Artikel Berkaitan: