Sila log masuk terlebih dahulu.

Proklamasi darurat di Sarawak diisytihar untuk elak penularan Covid-19: PMO

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak perlu diisytiharkan untuk menangguhkan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi mengelakkan penularan Covid-19 menjadi lebih serius.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan jemaah menteri dalam mesyuarat 21 Julai lepas bersetuju untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong agar memperkenankan proklamasi darurat bagi seluruh negeri Sarawak selepas darurat yang berkuat kuasa kini berakhir 1 Ogos.

“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak yang akan mula berkuatkuasa pada 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022.

“Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 21 Julai 2021 telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak setelah darurat yang berkuatkuasa pada masa ini berakhir pada 1 Ogos 2021.

Menurut kenyataan itu, dengan Proklamasi Darurat ini, Pilhan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa kecuali jika darurat ditamatkan lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Darurat di Sarawak sehingga 2 Februari 2022

Artikel Berkaitan: