Pemuda Pas desak Asmuni lebih tegas

Hafez (kiri) dan Asmuni (kanan).
Hafez (kiri) dan Asmuni (kanan).
A
A
A

IPOH - Pemuda Pas Perak mendesak Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi agar lebih tegas dalam perkara melibatkan kepentingan umat Islam.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri berkata, pihaknya berasa kesal dengan sikap tenang tidak bertempat Asmuni berkenaan ulasannya terhadap penghinaan seorang individu ke atas Rasulullah SAW baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN Hina Nabi: Semua pihak diminta bertenang

"Beliau seharusnya sedar bahawa penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW bukanlah bersifat perkauman kerana di Malaysia bukan hanya bangsa Melayu sahaja yang beragama Islam tetapi ada Cina, India, Orang Asli dan bangsa-bangsa lain turut menganut agama Islam.

"Penghinaan terhadap agama bukanlah satu isu kecil yang boleh dibuat main, tetapi ia adalah isu besar yang boleh mencetuskan perbalahan antara agama dan ketegangan keharmonian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Hafez, penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW tidak boleh dijadikan sebagai perbincangan ilmiah semata-mata serta bercerita mengenai sistem perundangan sahaja.

"Sebagai Exco Agama beliau perlu membezakan isu di antara penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan agama Islam dengan isu perundangan yang lain.

"Bahasa angkuh yang digunakan beliau hingga sanggup 'membengongkan' orang lain yang bersungguh untuk pertahankan Rasulullah SAW yang dihina oleh orang kafir sepatutnya tidak keluar dari mulut seorang Exco Kerajaan Negeri yang memegang portfolio agama," katanya.

Hafez turut menyeru seluruh anggota masyarakat agar saling menghormati antara satu sama lain dengan menjaga kedaulatan Islam, perpaduan rakyat dan toleransi antara kaum demi kesejahteraan dan keamanan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Pemuda Pas Perak juga mengajak semua rakyat untuk bersolidariti bersama dalam Himpunan Aman "Demi Rasulullah SAW" pada hari Jumaat 1 Mac 2019 ini di Masjid Negeri, Ipoh selepas solat Jumaat," katanya.