X

Kindly register in order to view this article
!

900 penduduk dua kampung dikuarantin

Sebahagian penduduk daripada dua kampung di Kuala Nerus yang perlu menjalani saringan Covid-19. Foto: Ihsan FB Hishamuddin Abdul Karim
A
A

KUALA NERUS - [DIKEMASKINI] Kira-kira 900 penduduk daripada dua buah kampung di daerah ini yang menjalani ujian saringan dikuarantin selama 14 hari bagi mengelak penularan Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, ujian saringan itu yang dilakukan di Dewan Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato Haji Abbas susulan penularan kes positif Covid-19 melibatkan penduduk di Kampung Banggol Tok Jiring dan Kampung Wakaf Tembesu.

Menurut beliau, kira-kira 300 penduduk menjalani ujian saringan pada Rabu manakala baki 600 orang menjalani saringan pada Khamis.

Hishamuddin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terpaksa di kuarantin di Kampung Banggol Tok Jiring dan Kampung Wakaf Tembesu di Kuala Nerus. Foto: Ihsan FB Hishamuddin Abdul Karim
Hishamuddin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terpaksa di kuarantin di Kampung Banggol Tok Jiring dan Kampung Wakaf Tembesu di Kuala Nerus. Foto: Ihsan FB Hishamuddin Abdul Karim

"Kita mahu ingatkan kepada semua penduduk yang telah dipaka

ikan gelang kuarantin supaya memberikan kerjasama sepenuhnya tidak keluar rumah. "Pastikan kita kuarantin diri di rumah untuk tidak menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat sekali gus mengelakkan berlakunya jangkitan," katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.

Terengganu terus mencatat peningkatan kes Covid 19 dengan kadar kes baharu direkod iaitu 437 kes pada Khamis menjadikan keseluruhan kes terkumpul setakat ini sebanyak 15,807 kes dengan 115 kematian.

Terdapat dua kes positif Covid-19 melibatkan varian Delta dikesan baru-baru ini di negeri ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!