X

Kindly register in order to view this article
!

MPK mohon tangguh penilaian semula cukai taksiran

Ahmad Fadzli
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah memohon penangguhan penilaian semula cukai taksiran ke satu tempoh yang sesuai menerusi Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

Penangguhan itu dibuat berikutan penilaian semula cukai taksiran berkenaan sepatutnya mula dikuatkuasakan seluruh Selangor bermula 1 Januari tahun hadapan.

Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor sebelum ini telah diarahkan membuat penilaian semula cukai berkenaan yang telah digunakan sejak 28 tahun lalu.

"Selangor menggunakan nilai tahunan di mana ia merupakan anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dan dijangka diperoleh daripada pegangan harta tersebut sekiranya disewakan untuk menentukan kadar cukai taksiran.

"Sekiranya pemilik pegangan harta tanah membuat perubahan dari segi pengubahsuaian bangunan atau melakukan pembangunan di tanah berkenaan, sewajarnya dikenakan cukai taksiran.

"Pembangunan tersebut telah menambah kos perkhidmatan perbandaran kepada MPK dan boleh dikenakan cukai taksiran selaras dengan Seksyen 144, Subseksyen (1) hingga (6), Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Ahmad Fadzli berkata, MPK juga telah memberi sumbangan secara tidak langsung kepada penduduk Klang melibatkan peruntukan sejumlah RM6.4 juta menerusi inisiatif Pengurangan Cukai Taksiran Orang Kurang Upaya dan Pengurangan Cukai Taksiran Rumah Kos rendah.

Tambahnya, pemberian itu berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini.

"MPK sentiasa mengambil kira semua pandangan dalam membangunkan Klang dan kerjasama semua pihak amat dialu-alukan dalam mencapai matlamat Klang Sejahtera," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!