Khabar angin Azhar Azizan mahu letak jawatan bertiup kencang

Azhar Azizan Harun. - Foto Bernama
Azhar Azizan Harun. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Khabar angin yang mendakwa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mahu melepaskan jawatan susulan perkembangan terkini di Parlimen.

Menurut sumber, perkara itu menjadi bualan dalam kalangan kakitangan Parlimen.

"Ada pihak akan dijadikan kambing hitam dalam krisis yang berlaku ini.

"Sama ada Azhar Azizan atau pun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tetapi ini hanyalah sekadar khabar angin sahaja," katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan selepas Parlimen berhenti bersidang pada pukul 1 petang tadi, beliau mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, sedangkan perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Istana Negara dalam kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, Seri Paduka Baginda menegaskan kenyataan Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai lepas tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli Dewan Rakyat.

Ekoran daripada perkembangan tersebut, Sidang Khas Parlimen terpaksa dihentikan selepas mendapat desakan daripada ahli-ahli Parlimen.

Artikel Berkaitan: