Peniaga, pekebun durian masuk Raub perlu jalani ujian Covid-19

Semua peniaga dan pekebun durian dari luar yang ingin memasuki daerah Raub perlu menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) Covid-19 sekurang-kurangnya tiga hari sebelum perjalanan. Gambar hiasan
Semua peniaga dan pekebun durian dari luar yang ingin memasuki daerah Raub perlu menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) Covid-19 sekurang-kurangnya tiga hari sebelum perjalanan. Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Semua peniaga dan pekebun durian dari luar yang ingin memasuki daerah Raub perlu menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) Covid-19 sekurang-kurangnya tiga hari sebelum perjalanan.

Keputusan ujian saringan perlu dibawa untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa di sekatan jalan raya (SJR) daerah Raub sebagai bukti.

Menurut kenyataan Jbatan Pertanian, arahan tersebut dikeluarkan Yang Dipertua Majlis Daerah Raub kepada Pegawai Pertanian Daerah Raub melalui surat bertarikh 26 Julai lalu.

"Ia berikutan penularan wabak Covid-19 yang dikesan berlaku dalam kalangan peniaga dan pekebun durian di beberapa lokaliti di daerah itu.

"Arahan itu berkuat kuasa serta-merta dan semua pemegang Surat Pengesahan Keterlibatan Dalam Aktiviti Rantaian Pembekalan dan Pemasaran Berkaitan Keperluan Makanan yang dikeluarkan Jabatan Pertanian perlu mematuhinya," jelas kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Kata kenyataan itu, arahan itu sejajar dengan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Daerah Raub berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Seksyen 72(1)(f)(i).

"Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 09-355 1267/ 013-965 7293 (waktu pejabat sahaja)," jelas kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: