MAECC gesa ahli Parlimen bahas benarkan guna Ivermectin

MAECC menggesa ahli Parlimen untuk membahaskan penggunaan ubat Ivermectin di bawah kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) yang dilihat mampu merawat pesakit Covid-19.
MAECC menggesa ahli Parlimen untuk membahaskan penggunaan ubat Ivermectin di bawah kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) yang dilihat mampu merawat pesakit Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysian Alliance for Effective Covid Control (MAECC) menggesa ahli Parlimen untuk membahaskan penggunaan ubat Ivermectin di bawah kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) yang dilihat mampu merawat pesakit Covid-19.

Sekretariatnya, Kapten (B) Dr Wong Ang Peng berkata, penggunaan Ivermectin di beberapa negara yang tidak mempedulikan nasihat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkenaan ubat tersebut jelas berkesan dalam membantu mengawal penyebaran wabak Covid-19.

Menurutnya, contoh terbaik boleh dilihat di negara India pada bulan April yang lalu di mana negara tersebut mempunyai catatan jangkitan harian tertinggi di dunia dengan 360,960 ribu kes.

"Selepas sebulan Ivermectin diedarkan secara besar-besaran di kawasan yang paling terjejas di India, kadar jangkitan turun dengan cepat di bawah 7,000 kes sehari.

"Malah negara jiran seperti Filipina dan Indonesia telah membenarkan EUA untuk Ivermectin.

"Malaysia tidak mempunyai apa-apa kerugian, tetapi semuanya mesti diikuti," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut mendakwa pegawai dan individu daripada WHO yang terlibat dalam kajian Ivermectin tidak mempunyai pengalaman klinikal merawat pesakit.

Ujarnya, justeru, mereka tidak berkelayakan untuk memberi komen bahawa ubat tersebut tidak berfungsi atau menyebabkan kesan sampingan dan kerosakan pada hati.

Artikel Berkaitan:

"Malah sejumlah doktor pakar di seluruh dunia telah menggunakan Ivermectin dan mikronutrien tertentu bersama dengan rawatan standard mendatangkan hasil yang baik di bilik kecemasan dan unit rawatan rapi (ICU) di hospital mereka.

"Mereka yang terlibat adalah pakar dari Front Line Covid-19 Critical Care Alliance (FLCCC).

"Ivermectin hanya bertujuan untuk haiwan dan ia akan menyebabkan kesan sampingan yang teruk kepada manusia adalah bohong, sebaliknya ia adalah salah satu ubat paling selamat yang pernah dihasilkan," katanya.