MOSTI hadir mesyuarat prosiding PAC berhubung PICK

Kenyataan media MOSTI
Kenyataan media MOSTI
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menghadiri mesyuarat prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya kepada rakyat Malaysia pada Selasa.

MOSTI dalam satu kenyataan berkata, prosiding selama kira-kira tiga jam itu dipengerusikan oleh Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dan dihadiri oleh ahli jawatankuasa tersebut.

"MOSTI diketuai Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan pengurusan tertinggi kementerian termasuk Ketua Setiausaha, Datuk Ir Ts Dr Siti Hamisah Tapsir.

"Pada prosiding tadi, MOSTI telah memberi penerangan tentang perkembangan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan butiran perbelanjaan bagi pelaksanaannya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, MOSTI bersedia untuk memberikan penerangan berterusan kepada PAC sehingga tamat pelaksanaan PICK.

Pada Rabu, Kah Woh dalam satu kenyataan berkata, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz antara nama yang akan dipanggil oleh PAC pada prosiding berhubung isu perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya terhadap rakyat Malaysia.

Katanya, Khairy Jamaluddin akan dipanggil semula pada 27 Julai manakala Tengku Zafrul akan dipanggil pada 28 Julai.

Artikel Berkaitan: