Aktivis tidak mengaku buat komunikasi jelik isu penganiayaan pelarian

Pengasas pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Refuge for the Refugees Heidy Quah Gaik Li, 27, (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen melalui Facebook miliknya, tahun lepas.
Pengasas pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Refuge for the Refugees Heidy Quah Gaik Li, 27, (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen melalui Facebook miliknya, tahun lepas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang aktivis wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas tuduhan membuat komunikasi jelik berhubung dakwaan penganiayaan pelarian di pusat tahanan Imigresen, Jun lalu.

Heidy Quah Gaik Li, 27, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy.

Mengikut pertuduhan, Heidy Quah didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi profil 'Heidy Quah' di Facebook.

Hantaran yang dibuat pada jam 5.30 pagi 5 Jun 2020 itu, dibaca pada jam 3.30 petang 10 Jun 2020, di Pejabat Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Atas pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad mencadangkan wanita itu diberi ikat jaminan sebanyak RM7,000.

Bagaimanapun dia yang diwakili peguam New Sin Yew merayu agar kadar ikat jaminan ditetapkan pada kadar rendah mengambil kira anak guamnya merupakan seorang aktivis selain tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Edwin Paramjothy membenarkan OKS diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Pada Julai tahun lalu, media melaporkan Heidy Quah yang juga pengasas Refuge for the Refugees dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung hantaran di Facebooknya berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen.