[DIKEMAS KINI] Suami isteri maut kereta terbabas, terbakar

Anggota bomba memadamkan api pada Proton Iswara yang dinaiki pasangan suami isteri berkenaan di Ayer Tawar pada Isnin. - Foto ihsan JBPM Perak
Anggota bomba memadamkan api pada Proton Iswara yang dinaiki pasangan suami isteri berkenaan di Ayer Tawar pada Isnin. - Foto ihsan JBPM Perak
A
A
A

LUMUT - [DIKEMAS KINI] Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer (KM) 7, Jalan Sitiawan-Changkat Cermin berhampiran simpang Kampung Colombia, Ayer Tawar di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai R Ellango, 51, dan isterinya, S Thavaselvi, 43, disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa menaiki kereta jenis Proton Iswara dalam perjalanan dari arah Sitiawan menuju ke Ayer Tawar.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan hingga terbabas sendiri, lalu melanggar tiang elektrik sebelum terbakar.

"Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan di kepala maut di tempat kejadian," katanya di sini pada Selasa.

Kereta yang dinaiki pasangan suami isteri berkenaan terbakar akibat terbabas di Ayer Tawar pada Isnin. - Foto ihsan JBPM Perak
Kereta yang dinaiki pasangan suami isteri berkenaan terbakar akibat terbabas di Ayer Tawar pada Isnin. - Foto ihsan JBPM Perak

Beliau berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Fahrulrazhi Zakaria di talian 012-4433441 bagi membantu siasatan," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: