Polis siasat video tular wanita tunggang motosikal separuh bogel

Wanita yang dirakam menunggang motosikal tanpa memakai seluar di Kota Damansara.
Wanita yang dirakam menunggang motosikal tanpa memakai seluar di Kota Damansara.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis sedang menyiasat sebuah video berdurasi 1 minit 30 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita menunggang motosikal dalam keadaan tidak berseluar di sekitar kawasan Kota Damansara di sini pada Isnin.

Dalam kejadian tersebut, perakam video berkenaan mempersoalkan tindakan wanita itu yang keluar tanpa berseluar, tetapi wanita itu memberi alasan seluarnya diterbangkan angin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan wanita tersebut mengalami masalah gangguan mental.

Bagaimanapun menurut Mohamad Fakhrudin, polis tidak menerima sebarang laporan dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

“Buat masa ini kami masih dalam proses mengenal pasti identiti wanita tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: