X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Siasatan menyeluruh kes kematian lelaki selepas ditahan: Polis

Keratan berita mengenai keluarga mendesak polis siasat kematian lelaki selepas ditahan. Gambar kecil: Datuk Kamarul Zaman Mamat
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes kematian seorang lelaki selepas ditahan pihak berkuasa dalam serbuan pada 18 Julai lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, beliau memberi jaminan siasatan secara menyeluruh dan adil dalam kes melibatkan seorang lelaki berusia 24 tahun yang meninggal dunia selepas ditahan itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung penahanan seorang lelaki di bawah Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 pindaan 1998 oleh salah satu agensi penguatkuasa di daerah Kuala Muda lebih kurang jam 10 malam pada 18 Julai lalu.

"Dalam laporan tersebut juga dinyatakan pegawai penguatkuasa agensi berkenaan telah mengalami kecederaan akibat pergelutan semasa tangkapan dijalankan ke atas suspek dan kertas siasatan dibuka atas laporan tersebut.

"Pada keesokan harinya, kita menerima satu lagi aduan kira-kira jam 11.35 pagi dari seorang wanita menyatakan rasa tidak puas hati terhadap proses tangkapan ke atas adik lelakinya yang dibuat oleh agensi penguatkuasa berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga desak polis siasat kematian lelaki selepas ditahan

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, pihaknya membuka satu lagi kertas siasatan berhubung laporan wanita itu.

"Pada 20 Julai 2021, jam 1.30 pagi, lelaki tersebut telah meninggal dunia di hospital dan kertas siasatan diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, waris pemuda berkenaan telah dimaklumkan tentang perkembangan siasatan dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang persepsi negatif ke atas kes ini.

Katanya, sesiapa memiliki maklumat mengenai kes ini diminta tampil menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian kepada PDRM Kedah di talian 04-7741403/1405 atau MERS 999 atau Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Siti Anim Aripin di talian 012-9144654.

Pada Ahad, sebuah keluarga di Gurun dilaporkan mendesak siasatan adil dan saksama dijalankan berhubung kematian seorang lelaki selepas ditahan pada Ahad.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!