X

Kindly register in order to view this article
!

Keluarga desak polis siasat kematian lelaki selepas ditahan

Mohamad Ashraf (kiri) ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda Kedah pada Ahad ketika laporan polis dibuat.
A
A

SUNGAI PETANI - Sebuah keluarga di Gurun, Kedah, mendesak satu siasatan adil dan saksama dijalankan berhubung kematian seorang lelaki selepas ditahan pada Ahad lalu (18 Julai).

Peguam yang dilantik oleh keluarga mangsa, Mohamad Ashraf Ahmad Sohaimi berkata, mangsa berkemungkinan dipukul sehingga mengakibatkan kecederaan parah dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Menurutnya, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Ahad mendesak siasatan lanjut dilakukan segera bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Laporan polis dibuat keluarga itu untuk menuntut polis melakukan siasatan secara terperinci.

"Kita juga menuntut pelaku dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan setimpal," katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, mangsa berusia 24 tahun ditahan di rumahnya dekat Guar Chempedak kira-kira 9 malam pada Ahad lalu (18Julai).

Bagaimanapun, pada Isnin, keluarganya dimaklumkan pihak hospital bahawa mangsa dalam keadaan kritikal.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada awal pagi Selasa lalu.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Kedah dikatakan akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian dalam masa terdekat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!