X

Kindly register in order to view this article
!

CAAM siasat kes helikopter mendarat di Ipoh

CAAM telah memulakan siasatan ke atas helikopter Bell 505 kendalian Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) yang mendarat di padang Majlis Bandaraya Ipoh, Perak, pada Jumaat.
A
A

SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah memulakan siasatan ke atas helikopter Bell 505 kendalian Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) yang mendarat di padang Majlis Bandaraya Ipoh, Perak, pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Chester Voo berkata, siasatan awal mendapati helikopter tersebut berlepas pada jam 9.08 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Ipoh dan kembali ke Subang pada jam 11.02 pagi seperti yang difailkan dalam pelan penerbangan.

Menurut beliau, pihaknya telah menjalankan siasatan segera bagi menentukan sama ada helikopter berkenaan melanggar mana-mana peraturan seperti yang tertakluk dalam Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs).

"CAAM juga akan membuat semakan sama ada pengendali dan kru helikopter terlibat melaksanakan operasi penerbangan itu dalam skop yang diluluskan atau sebaliknya.

"CAAM ingin menegaskan bahawa semua pengendali pesawat harus mematuhi peraturan umum seperti tertakluk dalam CAD 2 (Rules of the Air), Chapter 3.1. Protection of Persons and Property serta peraturan-peraturan lain yang berkaitan.

"CAAM akan terus memastikan semua pengendali pesawat mematuhi peraturan dan piawaian keselamatan yang telah ditetapkan demi keselamatan industri dan orang awam," katanya dalam satu kenyataan pada Sa

Pada Jumaat, media melaporkan sebuah helikopter mendarat di Padang Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi kandar popular atau lebih dikenali sebagai 'nasi ganja' di bandar itu.

Kehadiran helikopter yang dipercayai milik sebuah syarikat swasta itu mengejutkan orang ramai kerana ia terbang rendah di udara sebelum mendarat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan nasi ganja, ambil pesanan guna helikopter


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!