Kanak-kanak lelaki tiga tahun maut

Mangsa berusia tiga tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto hiasan
Mangsa berusia tiga tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto hiasan
A
A
A

SEPANG – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.54 pagi pada Sabtu.

"Mangsa berusia tiga tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Proses bedah siasat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, telah selesai dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu.

Jelasnya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Farizi Ramlee, menerusi talian 014-314 5347.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!